Tuesday, July 10, 2012



¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*


¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

Jangan ucap 'saya sayang dia kerana ALLAH..'
Jangan kata 'saya rindu dia kerana ALLAH..'

Siapa yang ajar kamu untuk berkata begitu ? 

Selagi tiada ikatan yang sah, tak perlu luahkan rasa sayang dan rindu pada orang lain seolah2 hubungan itu diredhai ALLAH. sekiranya tiada jodoh dengan dia, bagaimana?? Tidakkah kita malu??ber "sayang" & saling merindu sebelum akad menghalalkan??

Ucapan SAYANG dan RINDU seeloknya ditujukan untuk ALLAH, Rasul dan ibu bapa kita.
Orang yang tinggi mana pun ilmu agamanya , jika iman tak kuat, pasti akan terjunam juga ke kancah maksiat. Syaitan memang licik ! Jadi berhati2lah wahai sahabat...

Wallahua'lam....  ^^

Monday, July 2, 2012

~BIOGRAFI IMAM SYAFIE~





~BIOGRAFI IMAM SYAFIE~


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara, diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi. Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Al-Quran dan Al-Sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelum mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”

NOTE: (Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasawuf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.

Imam Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf. Hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. Allahua'lam! )

Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:

Imam Malik bekas gurunya pernah berkata: 

“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie”

Imam Ahmad Bin Hambal berkata: 

“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”

Beliau juga berkata: 

“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.

Kata Imam Ahmad lagi: 

“Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie”

Imam Muhammad al-Hakam berkata: 

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”. 

Beliau berkata lagi: 

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”

Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali. Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.

Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun. Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya. Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu!

Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal. Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.

Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya. 

Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula. Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula. Namun Imam Syafie masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.

Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera. Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah. Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof. Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.

Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai. Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

Walaubagaimanapun dengan izin Allah S.W.T Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH S.W.T dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud : 

 “Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata : 

“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!” 

sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata: 

“Sesiapa yang mempelajari Al-Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”. 

Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.

Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.

Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun 608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.


Imam Syafie' Seorang Doktor yang Cerdas
Harmalah berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Ada dua hal yang banyak diabaikan manusia: Perubatan dan bahasa Arab." Imam Syafie' sangat menyesalkan dan menyayangkan sikap kaum muslimin yang menyiakan masalah perubatan.

Diriwiyatkan dari Harmalah ibn Yahya, Imam Syafie' sangat kecewa atas sikap kaum muslim yang mengabaikan dunia perubatan. Menurutnya, dengan begitu mereka telah meninggalkan sepertiga ilmu dan menyerahkannya kepada orang-orang lain."

Debat Perubatan

Imam Syafie' juga memiliki wawasan cukup luas dalam bidang perubatan. Diriwayatkan dari Abi al-Husain al-Masri, dia menuturkan, "Aku mendengar ada seorang doktor di Mesir." Dia melanjutkan, "Imam Syafie' datang ke Mesir, lalu singgah di tempatku. Di sana dia berdiskusi denganku tentang perubatan hingga aku mengira seorang doktor Iraq telah datang ke negeri kami. Kataku kepada Imam Syafie', Apa engkau mahu aku bacakan buku Hipokrates (seorang tokoh dan bapa perubatan Eropah) kepadamu?

Imam Syafie' lantas menunjuk buku itu dan berkata dengan lirih, 'Mereka tidak merelakan aku untuk mempelajarinya!"

Maksudnya, murid-murid Imam Syafie' di masjid tidak memberinya kesempatan untuk dapat memperdalam ilmu perubatan.

Anjuran Untuk Memperdalam Ilmu Perubatan

Imam Syafie' sangat menganjurkan kaum muslim mempelajari dan mendalami bidang perubatan. Al-Rabo' ibn Sulaiman bertutur. "Aku mendengar Imam Syafie'  berkata, 'Ilmu itu ada dua, ilmu fiqh atau ilmu agama dan ilmu perubatan."

Imam Syafie' juga berkata, "Ilmu agama yang paling utama adalah ilmu fiqh dan ilmu dunia yang paling utama adalah ilmu perubatan." Dalam riwayat Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Hakam disebutkan bahawa Imam Syafie' berkata. "Ilmu fiqh untuk agama, ilmu perubatan untuk tubuh, selain kedua hanyalah khazanah pemikiran."

Al-Rabi' bin Sulaiman menuturkan, Syafi'i berkata, "Jika kau masuk ke satu wilayah dan di sana dan di sana tak kau dapati seorang penguasa yang adil, air yang mengalir, seorang doktor yang bersahabat makan jangan tinggal di wilayah itu!"

Imam Syafie' juga berkata, "Jangan tinggal di wilayah yang tidak ada seorang ulama' yang membimbing agamamu dan tidak ada seorang doktor yang akan merawat tubuhmu."

Ubat untuk yang Tidak Punya Ubat

Ibnu Abdul Hakam berkata, Aku mendengar Imam Syafie' menuturkan, 'Ada tiga hal yang tidak boleh diubati oleh seorang doktor iaitu kebodohan, wabah dan pikun.

Al-Rabi' bin Sulaiman berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Ada tiga hal yang menjadi ubat bagi penyakit yang tidak ada ubatnya serta doktor tidak sanggup mengubatinya iaitu anggur, susu unta dan tebu."



Pakar Ilmu Gizi

Ada beberapa riwayat tentang kepiawaian Imam Syafie' dalam bidang perubatan, di antaranya: Riwayat Yunus bin Abdul A'la, ia berkata:, Imam Syafie' berkata, 'Aku tidak melihat hal yang lebih bermanfaat untuk mengubati wabak dari minyak bunga violet. Seorang yang terserang wabak boleh meminum minyak violet atau melumuri tubuhnya."

Riwayat al-Rabi bin Sulaiman, ia berkata, "Abu Usman Muhammad bin Muhammad bin Idris al-Syafi'i berkata, 'Jika terserang demam, ayahku meminta tumbuhan serai untuk diperas dan diminum airnya kerana dia takut lisannya cacat."

Harmalah berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Jangan kau makan telur rebus di malam hari kerana orang yang memakannya sering terserang penyakit."

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkomentar, 'Aneh sekali orang yang keluar dari pemandian lalu tidak makan. Bagaimana dia menjalani hidup yang sihat? Aneh juga orang yang berbekam lalu makan. Bagaimana dia menjalani hidup yang sihat?

Sarapan Pagi

Al-Rabi' bin Sulaiman berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Harun al-Rasyid berkata kepadaku, 'Wahai Muhammad, aku mendengar bahawa kau selalu sarapan pagi?

'Ya, wahai Amirul Mukminin,' jawabku.
'Mengapa kau lakukan itu?' tanyanya.
Aku menjawab, 'Wahai Amirul Mukminin, aku melakukannya kerana empat hal.'
'Apa itu?' tanya al-Rasyid penasaran.

'Kerana air masih dingin, udara masih segar, lalat masih sedikit dan sarapan pagi dapat menekan hasratku terhadap makanan orang lain."

Al-Rasyid berkomentar, 'Sungguh ini adalah syair yang indah.'

Harmalah berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Ada dua hal yang banyak diabaikan manusia: Perubatan dan bahasa Arab." Imam Syafie' sangat menyesalkan dan menyayangkan sikap kaum muslimin yang menyiakan masalah perubatan.


"Akal tidak tersimpan dengan baik dalam tubuh yang gemuk." (Imam al-Syafi'i)
Dinukil dari Silsilat al-Aimmah al-Mushawwarah 2: al-Imam al-Syafi'i karya Dr Tariq Suwaidan 

Ilmu Perubatan
(Blogger http://tamanulama.blogspot.com/2012/05/imam-al-syafii-doktor-yang-cerdas.html )

Antara kata-kata menarik Imam Syafie:

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh.

2. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

3. Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.

[Artikel diatas saya sunting dari buku : Imam Syafie Pejuang Kebenaran; ditulis oleh Abdul latip Talib]


10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering berselawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."


*Subhanallah begitu hebat Imam Syafie', sama-sama kita hayati kisah hidup seorang tokoh Islam, yang digelar sebagai pewaris Rasulullah dan juga dijadikan sebagai pegangan umat Islam sekarang..wallahu a'lam ^^







Thursday, November 10, 2011

Ghuraba ( Insan Terasing )



غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة 


Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد 

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد 


Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya,
Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya.
Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.

Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا

Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.
Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة


Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.

Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

"Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing/luar biasa) maka akan kembali menjadi aneh (asing/luar biasa) maka berbahagialah orang yang asing itu"


Friday, October 7, 2011

ALHAMDULILLAH KITA MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI ATAS BUMI HIJAU ALLAH


         ~~DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA  MENGASIHANI~~

..ALHAMDULILLAH KITA MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI ATAS BUMI HIJAU ALLAH..


~Adakah kita pernah terfikir Allah bagi peluang pada kita kerana Allah sayangkan kita???
..Sesungguhnya Allah Maha Penyayang..Allahu robbi..Allah izin kita hidup lagi kerana Allah beri amanah pada kita untuk jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya...tapi pernahkah kita jalankan tanggungjawab kita dengan amanah??Subhanallah..
Di akhirat kelak segala menjadi saksi di atas segala perlakuan kita di muka bumi Allah, di mana pada masa tersebut senjata tajam kita selama hidup di bumi akan di kunci..Allah bekukan segala patah kata kita, walaubagaimanapun, anggota kita yang lain aktif menceritakan segala aktiviti kita semasa di bumi..Allahuakbar, sungguh besar dan luas kuasa Allah tak terjangkau akal hamba-Nya..

"Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)"..(At-Taubat 09 ayat 02)

"Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.."(At-Taubat 09 ayat 03)

"(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.."(Al-Ahzab 33 ayat 08)

"Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.."
~Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim~


Sebelum pintu taubat di kunci oleh Allah, segeralah berlumba-lumba untuk memohon keampunan dari-Nya..sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..(Az-Zumar 39 ayat 53)

Allah Maha Penerima Taubat hamba-hamba-Nya, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih..segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam, sesungguhnya Allah Menciptakan sesuatu tidaklah sia-sia, melainkan hanya untuk menyembah-Nya..

..Telah banyak limpahan nikmat yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya dengan ciptaan langit membiru luas yang sentiasa menjadi bumbung untuk makhluknya, ciptaan tumbuh-tumbuhan dijadikan sebagai bahan ubat-ubatan dan bahan sajian makhluk yang bernyawa, manusia serta haiwan..bukit-bukau yang melebar di setiap ceruk menjadikan dunia semakin indah dan unik, haiwan-haiwan yang hidup bebas yang sentiasa menjalankan amanahnya pada sang Pencipta, matahari yang menerangi siang dan bulan pula menerangi malam yang selih berganti waktunya..kepulan awan yang memutih di bumbung langit sentiasa memukau ciptaan-Nya..Subhanallah, Maha Kaya Allah, kuasa-Nya yang tiada tandingan..
 
 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"..(Ar-Rahman 55 ayat 13)

Kita sebagai pemegang amanah Allah, seharusnya bertanggungjawab dengan cipataan-Nya termasuk diri kita sendiri..Kita semakin alpa dengan godaan dunia yang sentiasa mengejar arus kemodenan yang sedang di pergiatkan oleh kafir barat yang terang lagi bersuluh mengingkari suruhan Allah..MasyaAllah, adakah kita mahu turut serta bersama meraka yang sudah dijanjikan neraka jahanam yang berlipat ganda bahan panasnya dari dunia??

"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.."(Al-Mulk 67 ayat 06)

Dunia sekarang ini pun hampir rosak kerana rakusan manusia yang hanya pentingkan diri semata-mata..Manusia kini semakin lemas dengan godaan dunia yang semakin hari semakin memukau hati, sedarkah kita kemana kita akan pergi jika dunia berakhir..dunia hanyalah tipuan nafsu yang semakin menjerumus manusia kearah kelalaian dan kealpaan, syaitan yang sentiasa tersenyum lebar dengan kehanyutan manusia yang nampaknya tiada henti..maksiat yang sentiasa meningkat tidak tahu bila akan turun..MasyaAllah, inikah yang Allah mahukan dari hamba-hamba-Nya yang diciptakan hanya untuk menyembah-Nya..sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan-Nya..yang mempunyai akal untuk berfikir, yang mempunyai anggota untuk digunakan untuk ke jalan mustaqqim..hamba-Nya yang tak pernah bersyukur dengan nikmat-Nya, Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami..Allahu robbi...Sahabat-sahabat seperjuanganku, sebelum pintu taubat ditutup rapat, sebelum bumi memberi amaran besar (tanda-tanda kiamat yang besar), ayuh kita sama-sama selamatkan diri kita dari godaan dunia yang mengaburi kita dan akan meloloskan kita ke neraka jahanam..sama-sama menginsafi diri dan bertaubat segala berbuatan kita yang sudah berlalu dan cuba untuk lari dari melakukan kemungkaran lagi...waallahu'alam..


  "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.."(At-Tahrim 66 ayat 08)


"Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.."

~Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi~



*Pesanan: Mana2 sahabat2 yang ingin share, silakan..moga ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama..insyaAllah..waallahu'alam*

Thursday, October 6, 2011

CARA SYAITAN PENGARUHI WANITA



Syaitan memiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering
dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang
memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan
nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah,
termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
 
Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk
hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan
namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identity keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga
telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka
syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita
yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. dan
sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni
dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit,
apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih
selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar
dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
   
 II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para
wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya
dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
 
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan
sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga
setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup
telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan
zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
 
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa
biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi,
jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah." Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa
terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada
anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka
sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah