dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah
dengan memanfaatkan hawa nafsu yang
memang memiliki kecenderungan mengajak kepada
keburukan. Syaitan tahu kecenderungan
nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia
keluar dari garis yang telah ditentukan Allah,
termasuk melepaskan hijab atau pakaian
muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para
wanita, bahawa pakaian apapun termasuk
hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan
agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian
syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan
namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya,
ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
manusia telah berganti, maka tidak ada masalah
pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu
negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita
berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identity keIslaman), dan memakainya
adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di
mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih
bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang
lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya
terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit
peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga
telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan
masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya
memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa saja. Maka
syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan,
maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka
tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang
lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian
kecil sahaja yang terbuka. Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka
bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang
fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi
bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya
gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih
bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak
tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik
dipandang," syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di
carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent.
"Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan
dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu
dia
menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut
akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
transparent, maka jadilah mereka wanita
yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat
'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian
yang ketat, maka syaitan datang lagi. dan
sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru
yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni
dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini
membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit,
apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau
mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih
selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar
dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga
lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama
ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak
apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. Inilah tahapan awal syaitan
merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang,
hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i
yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II.
Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya
lain yang lebih "power", tujuannya agar para
wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju
panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya
dengan membelah sedikit bahagiannya masih
kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki."
Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju
sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari
jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap
menamakannya dengan jilbab." Maka para wanita yang terpengaruh dengan
bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak
ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik
perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan,
dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan
kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu
lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa
orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen
lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh
centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang
terbuka hingga separuh betis." Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu
telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan
syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah
berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si
wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan
sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu
para lelaki mengangkat pakaiannya hingga
setengah betis, maka wanitanya harus
menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup
telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak
lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau
perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi
kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan
zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka
kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak
di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini
kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan
mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana
sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar
malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan
fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Demikianlah,
maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi
ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini
tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk
melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi
pakaian sehari- harian dan dirasa
biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan
syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi,
jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen
skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar
kelihatan indah." Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah
paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan,
terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain
yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada
pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi pakaian malam,
petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek
separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk
dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi
serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika, muncul idea untuk
mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya
sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi,
kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan
"bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan
na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi
Kaum Wanita." Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama,
telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti
kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri
yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak
ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan,
sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa
terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama
orang tua jika melihat gejala menyimpang pada
anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil
apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan,
kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka
sakan menjadi sukar bagi kita untuk
mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka
mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah,
jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia
mahupun di akhirat.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy
syaithani", Adnan ath-Thursyah
No comments:
Post a Comment