~~DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI~~
..ALHAMDULILLAH KITA MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI ATAS BUMI HIJAU ALLAH..
~Adakah kita pernah terfikir Allah bagi peluang pada kita kerana Allah sayangkan kita???
..Sesungguhnya Allah Maha Penyayang..Allahu robbi..Allah izin kita hidup lagi kerana Allah beri amanah pada kita untuk jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya...tapi pernahkah kita jalankan tanggungjawab kita dengan amanah??Subhanallah..
Di akhirat kelak segala menjadi saksi di atas segala perlakuan kita di muka bumi Allah, di mana pada masa tersebut senjata tajam kita selama hidup di bumi akan di kunci..Allah bekukan segala patah kata kita, walaubagaimanapun, anggota kita yang lain aktif menceritakan segala aktiviti kita semasa di bumi..Allahuakbar, sungguh besar dan luas kuasa Allah tak terjangkau akal hamba-Nya..
Di akhirat kelak segala menjadi saksi di atas segala perlakuan kita di muka bumi Allah, di mana pada masa tersebut senjata tajam kita selama hidup di bumi akan di kunci..Allah bekukan segala patah kata kita, walaubagaimanapun, anggota kita yang lain aktif menceritakan segala aktiviti kita semasa di bumi..Allahuakbar, sungguh besar dan luas kuasa Allah tak terjangkau akal hamba-Nya..
"Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di
muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa
kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya
Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di
dunia dan azab seksa di akhirat)"..(At-Taubat 09 ayat 02)
"Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada
umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa
sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap
orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat
(dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu
berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat
melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai
Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan)
dengan azab yang tidak terperi sakitnya.."(At-Taubat 09 ayat 03)
"(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang
yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan
balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi
orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.."(Al-Ahzab 33 ayat 08)
Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.."
~Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim~
Sebelum pintu taubat di kunci oleh Allah, segeralah berlumba-lumba untuk memohon keampunan dari-Nya..sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat...
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani..(Az-Zumar 39 ayat 53)
Allah Maha Penerima Taubat hamba-hamba-Nya, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih..segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam, sesungguhnya Allah Menciptakan sesuatu tidaklah sia-sia, melainkan hanya untuk menyembah-Nya..
..Telah banyak limpahan nikmat yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya dengan ciptaan langit membiru luas yang sentiasa menjadi bumbung untuk makhluknya, ciptaan tumbuh-tumbuhan dijadikan sebagai bahan ubat-ubatan dan bahan sajian makhluk yang bernyawa, manusia serta haiwan..bukit-bukau yang melebar di setiap ceruk menjadikan dunia semakin indah dan unik, haiwan-haiwan yang hidup bebas yang sentiasa menjalankan amanahnya pada sang Pencipta, matahari yang menerangi siang dan bulan pula menerangi malam yang selih berganti waktunya..kepulan awan yang memutih di bumbung langit sentiasa memukau ciptaan-Nya..Subhanallah, Maha Kaya Allah, kuasa-Nya yang tiada tandingan..
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"..(Ar-Rahman 55 ayat 13)
Kita sebagai pemegang amanah Allah, seharusnya bertanggungjawab dengan cipataan-Nya termasuk diri kita sendiri..Kita semakin alpa dengan godaan dunia yang sentiasa mengejar arus kemodenan yang sedang di pergiatkan oleh kafir barat yang terang lagi bersuluh mengingkari suruhan Allah..MasyaAllah, adakah kita mahu turut serta bersama meraka yang sudah dijanjikan neraka jahanam yang berlipat ganda bahan panasnya dari dunia??
"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan
mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat
kembali.."(Al-Mulk 67 ayat 06)
Dunia sekarang ini pun hampir rosak kerana rakusan manusia yang hanya pentingkan diri semata-mata..Manusia kini semakin lemas dengan godaan dunia yang semakin hari semakin memukau hati, sedarkah kita kemana kita akan pergi jika dunia berakhir..dunia hanyalah tipuan nafsu yang semakin menjerumus manusia kearah kelalaian dan kealpaan, syaitan yang sentiasa tersenyum lebar dengan kehanyutan manusia yang nampaknya tiada henti..maksiat yang sentiasa meningkat tidak tahu bila akan turun..MasyaAllah, inikah yang Allah mahukan dari hamba-hamba-Nya yang diciptakan hanya untuk menyembah-Nya..sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan-Nya..yang mempunyai akal untuk berfikir, yang mempunyai anggota untuk digunakan untuk ke jalan mustaqqim..hamba-Nya yang tak pernah bersyukur dengan nikmat-Nya, Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami..Allahu robbi...Sahabat-sahabat seperjuanganku, sebelum pintu taubat ditutup rapat, sebelum bumi memberi amaran besar (tanda-tanda kiamat yang besar), ayuh kita sama-sama selamatkan diri kita dari godaan dunia yang mengaburi kita dan akan meloloskan kita ke neraka jahanam..sama-sama menginsafi diri dan bertaubat segala berbuatan kita yang sudah berlalu dan cuba untuk lari dari melakukan kemungkaran lagi...waallahu'alam..
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak
akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama
dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di
hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan);
mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam
gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,
dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.."(At-Tahrim 66 ayat 08)
"Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.."
~Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi~
"Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.."
~Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi~
*Pesanan: Mana2 sahabat2 yang ingin share, silakan..moga ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama..insyaAllah..waallahu'alam*
No comments:
Post a Comment