~BIOGRAFI IMAM SYAFIE~
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin
Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin
Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab
Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada
bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu
Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara.
Beliau dipenjara, diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama
kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk
menjadi Hakim kerajaannya.
Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur
9 tahun. Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab
Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang
sangat luar biasa. Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu
berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi
melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Lalu bintang
itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi. Cahaya dari bintang pecah yang
jatuh itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya
juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang
keluar dari perut isterinya.
Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata
beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Al-Quran dan Al-Sunnah atau ijmak ulama
adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan
yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji.
Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3
orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Iman
Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini
dicetuskan oleh ulamak sebelum mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh
Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid
kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan:
“Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada
perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan
dari Al-Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya
katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah
itulah lebih utama perlu dituruti”
NOTE: (Ramai yang tidak mencatatkan nama
mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan
pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasawuf, guru beliau dalam
bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman,
ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.
Imam Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq.
Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi
Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam
tasawuf. Hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah
Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. Allahua'lam! )
Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain
kepada Imam Syafie ialah:
Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:
“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih
pandai daripada Imam Syafie”
Imam Ahmad Bin Hambal berkata:
“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari
bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”
Beliau juga berkata:
“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali
selepas belajar dengan Imam Syafie”.
Kata Imam Ahmad lagi:
“Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah
terhutang budi kepada Imam Syafie”
Imam Muhammad al-Hakam berkata:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih
mengetahui, cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat
amalannya, lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.
Beliau berkata lagi:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih
mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”
Menyelusuri perjalanan hidup dan proses
pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali. Ayah beliau meninggal sewaktu Imam
Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam
kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya
sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah
berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.
Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru
dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu
itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun
sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12
tahun. Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang
Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang
merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya. Apabila Imam Ismail
ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar
disitu!
Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi,
beliau pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal. Dalam
masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani
Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan
kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.
Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian
Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi
kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu
ketiadaannya.
Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan
Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula. Akhirnya dia diakui oleh gurunya
dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula. Namun Imam Syafie masih
merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal
Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.
Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan
dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas
tentera. Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang
mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan
Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang
ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah. Imam Syafie belajar dari Imam Malik
selama 8 bulan.
Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq
untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan
Imam Abu Yusof. Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam
masa 3 hari saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya
murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk
menghafalnya.
Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan
Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari
keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.
Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh
Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut
rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah
oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak
muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai. Mereka juga dipaksa
berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.
Walaubagaimanapun dengan izin Allah S.W.T Imam
Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat
hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie,
yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah
Firman ALLAH S.W.T dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :
“Hai
orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu
berita, periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatanmu itu”
Itulah diantara liku-liku perjalanan yang
ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat
beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu.
Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata :
“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana
ilmunya, inilah orangnya!”
sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan
dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata:
“Sesiapa yang mempelajari Al-Quran, besar harga
dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari
bahasa, lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan
siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.
Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu
mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142
buah kitab semasa hayatnya.
Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu
isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah
bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di
tanah perkuburan Bani Zaharah.
Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri
Iraq, beliau telah mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali
dan memindahkan kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui
batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka
memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat
harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang
pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu,
maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun
608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid
didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus
dikunjungi orang ramai hingga kini.
Imam Syafie' Seorang Doktor yang Cerdas
Harmalah berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Ada dua hal yang banyak diabaikan manusia: Perubatan dan bahasa Arab." Imam Syafie' sangat menyesalkan dan menyayangkan sikap kaum muslimin yang menyiakan masalah perubatan.
Diriwiyatkan dari Harmalah ibn Yahya, Imam Syafie' sangat kecewa atas sikap kaum muslim yang mengabaikan dunia perubatan. Menurutnya, dengan begitu mereka telah meninggalkan sepertiga ilmu dan menyerahkannya kepada orang-orang lain."
Debat Perubatan
Imam Syafie' juga memiliki wawasan cukup luas dalam bidang perubatan. Diriwayatkan dari Abi al-Husain al-Masri, dia menuturkan, "Aku mendengar ada seorang doktor di Mesir." Dia melanjutkan, "Imam Syafie' datang ke Mesir, lalu singgah di tempatku. Di sana dia berdiskusi denganku tentang perubatan hingga aku mengira seorang doktor Iraq telah datang ke negeri kami. Kataku kepada Imam Syafie', Apa engkau mahu aku bacakan buku Hipokrates (seorang tokoh dan bapa perubatan Eropah) kepadamu?
Imam Syafie' lantas menunjuk buku itu dan berkata dengan lirih, 'Mereka tidak merelakan aku untuk mempelajarinya!"
Maksudnya, murid-murid Imam Syafie' di masjid tidak memberinya kesempatan untuk dapat memperdalam ilmu perubatan.
Anjuran Untuk Memperdalam Ilmu Perubatan
Imam Syafie' sangat menganjurkan kaum muslim mempelajari dan mendalami bidang perubatan. Al-Rabo' ibn Sulaiman bertutur. "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Ilmu itu ada dua, ilmu fiqh atau ilmu agama dan ilmu perubatan."
Imam Syafie' juga berkata, "Ilmu agama yang paling utama adalah ilmu fiqh dan ilmu dunia yang paling utama adalah ilmu perubatan." Dalam riwayat Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Hakam disebutkan bahawa Imam Syafie' berkata. "Ilmu fiqh untuk agama, ilmu perubatan untuk tubuh, selain kedua hanyalah khazanah pemikiran."
Al-Rabi' bin Sulaiman menuturkan, Syafi'i berkata, "Jika kau masuk ke satu wilayah dan di sana dan di sana tak kau dapati seorang penguasa yang adil, air yang mengalir, seorang doktor yang bersahabat makan jangan tinggal di wilayah itu!"
Imam Syafie' juga berkata, "Jangan tinggal di wilayah yang tidak ada seorang ulama' yang membimbing agamamu dan tidak ada seorang doktor yang akan merawat tubuhmu."
Ubat untuk yang Tidak Punya Ubat
Ibnu Abdul Hakam berkata, Aku mendengar Imam Syafie' menuturkan, 'Ada tiga hal yang tidak boleh diubati oleh seorang doktor iaitu kebodohan, wabah dan pikun.
Al-Rabi' bin Sulaiman berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Ada tiga hal yang menjadi ubat bagi penyakit yang tidak ada ubatnya serta doktor tidak sanggup mengubatinya iaitu anggur, susu unta dan tebu."
Pakar Ilmu Gizi
Ada beberapa riwayat tentang kepiawaian Imam Syafie' dalam bidang perubatan, di antaranya: Riwayat Yunus bin Abdul A'la, ia berkata:, Imam Syafie' berkata, 'Aku tidak melihat hal yang lebih bermanfaat untuk mengubati wabak dari minyak bunga violet. Seorang yang terserang wabak boleh meminum minyak violet atau melumuri tubuhnya."
Riwayat al-Rabi bin Sulaiman, ia berkata, "Abu Usman Muhammad bin Muhammad bin Idris al-Syafi'i berkata, 'Jika terserang demam, ayahku meminta tumbuhan serai untuk diperas dan diminum airnya kerana dia takut lisannya cacat."
Harmalah berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Jangan kau makan telur rebus di malam hari kerana orang yang memakannya sering terserang penyakit."
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkomentar, 'Aneh sekali orang yang keluar dari pemandian lalu tidak makan. Bagaimana dia menjalani hidup yang sihat? Aneh juga orang yang berbekam lalu makan. Bagaimana dia menjalani hidup yang sihat?
Sarapan Pagi
Al-Rabi' bin Sulaiman berkata, "Aku mendengar Imam Syafie' berkata, 'Harun al-Rasyid berkata kepadaku, 'Wahai Muhammad, aku mendengar bahawa kau selalu sarapan pagi?
'Ya, wahai Amirul Mukminin,' jawabku.
'Mengapa kau lakukan itu?' tanyanya.
Aku menjawab, 'Wahai Amirul Mukminin, aku melakukannya kerana empat hal.'
'Apa itu?' tanya al-Rasyid penasaran.
'Kerana air masih dingin, udara masih segar, lalat masih sedikit dan sarapan pagi dapat menekan hasratku terhadap makanan orang lain."
Al-Rasyid berkomentar, 'Sungguh ini adalah syair yang indah.'

"Akal tidak tersimpan dengan baik dalam tubuh yang gemuk." (Imam al-Syafi'i)
Dinukil dari Silsilat al-Aimmah al-Mushawwarah 2: al-Imam al-Syafi'i karya Dr Tariq Suwaidan

Ilmu Perubatan
(Blogger http://tamanulama.blogspot.com/2012/05/imam-al-syafii-doktor-yang-cerdas.html )
(Blogger http://tamanulama.blogspot.com/2012/05/imam-al-syafii-doktor-yang-cerdas.html )
Antara kata-kata menarik Imam Syafie:
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia
dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan
para Nabi, Rasul dan orang soleh.
2. Marah adalah salah satu antara panah-panah
syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat
menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
3. Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus
dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak
disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.
[Artikel diatas saya sunting dari buku : Imam
Syafie Pejuang Kebenaran; ditulis oleh Abdul latip Talib]
10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau
sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang
lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia
dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan
tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan
rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan
segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang
dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka
menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu
jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan,
banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat
suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis
lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan
kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga,
iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan
sering berselawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing
mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia
kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan
kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
*Subhanallah begitu hebat Imam Syafie', sama-sama kita hayati kisah hidup seorang tokoh Islam, yang digelar sebagai pewaris Rasulullah dan juga dijadikan sebagai pegangan umat Islam sekarang..wallahu a'lam ^^
No comments:
Post a Comment