Thursday, November 10, 2011

Ghuraba ( Insan Terasing )



غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة 


Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد 

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد 


Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya,
Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya.
Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.

Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا

Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.
Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة


Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.

Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

"Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing/luar biasa) maka akan kembali menjadi aneh (asing/luar biasa) maka berbahagialah orang yang asing itu"


Friday, October 7, 2011

ALHAMDULILLAH KITA MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI ATAS BUMI HIJAU ALLAH


         ~~DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA  MENGASIHANI~~

..ALHAMDULILLAH KITA MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI ATAS BUMI HIJAU ALLAH..


~Adakah kita pernah terfikir Allah bagi peluang pada kita kerana Allah sayangkan kita???
..Sesungguhnya Allah Maha Penyayang..Allahu robbi..Allah izin kita hidup lagi kerana Allah beri amanah pada kita untuk jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya...tapi pernahkah kita jalankan tanggungjawab kita dengan amanah??Subhanallah..
Di akhirat kelak segala menjadi saksi di atas segala perlakuan kita di muka bumi Allah, di mana pada masa tersebut senjata tajam kita selama hidup di bumi akan di kunci..Allah bekukan segala patah kata kita, walaubagaimanapun, anggota kita yang lain aktif menceritakan segala aktiviti kita semasa di bumi..Allahuakbar, sungguh besar dan luas kuasa Allah tak terjangkau akal hamba-Nya..

"Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)"..(At-Taubat 09 ayat 02)

"Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.."(At-Taubat 09 ayat 03)

"(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.."(Al-Ahzab 33 ayat 08)

"Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.."
~Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim~


Sebelum pintu taubat di kunci oleh Allah, segeralah berlumba-lumba untuk memohon keampunan dari-Nya..sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..(Az-Zumar 39 ayat 53)

Allah Maha Penerima Taubat hamba-hamba-Nya, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih..segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian alam, sesungguhnya Allah Menciptakan sesuatu tidaklah sia-sia, melainkan hanya untuk menyembah-Nya..

..Telah banyak limpahan nikmat yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya dengan ciptaan langit membiru luas yang sentiasa menjadi bumbung untuk makhluknya, ciptaan tumbuh-tumbuhan dijadikan sebagai bahan ubat-ubatan dan bahan sajian makhluk yang bernyawa, manusia serta haiwan..bukit-bukau yang melebar di setiap ceruk menjadikan dunia semakin indah dan unik, haiwan-haiwan yang hidup bebas yang sentiasa menjalankan amanahnya pada sang Pencipta, matahari yang menerangi siang dan bulan pula menerangi malam yang selih berganti waktunya..kepulan awan yang memutih di bumbung langit sentiasa memukau ciptaan-Nya..Subhanallah, Maha Kaya Allah, kuasa-Nya yang tiada tandingan..
 
 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"..(Ar-Rahman 55 ayat 13)

Kita sebagai pemegang amanah Allah, seharusnya bertanggungjawab dengan cipataan-Nya termasuk diri kita sendiri..Kita semakin alpa dengan godaan dunia yang sentiasa mengejar arus kemodenan yang sedang di pergiatkan oleh kafir barat yang terang lagi bersuluh mengingkari suruhan Allah..MasyaAllah, adakah kita mahu turut serta bersama meraka yang sudah dijanjikan neraka jahanam yang berlipat ganda bahan panasnya dari dunia??

"Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.."(Al-Mulk 67 ayat 06)

Dunia sekarang ini pun hampir rosak kerana rakusan manusia yang hanya pentingkan diri semata-mata..Manusia kini semakin lemas dengan godaan dunia yang semakin hari semakin memukau hati, sedarkah kita kemana kita akan pergi jika dunia berakhir..dunia hanyalah tipuan nafsu yang semakin menjerumus manusia kearah kelalaian dan kealpaan, syaitan yang sentiasa tersenyum lebar dengan kehanyutan manusia yang nampaknya tiada henti..maksiat yang sentiasa meningkat tidak tahu bila akan turun..MasyaAllah, inikah yang Allah mahukan dari hamba-hamba-Nya yang diciptakan hanya untuk menyembah-Nya..sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan-Nya..yang mempunyai akal untuk berfikir, yang mempunyai anggota untuk digunakan untuk ke jalan mustaqqim..hamba-Nya yang tak pernah bersyukur dengan nikmat-Nya, Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami..Allahu robbi...Sahabat-sahabat seperjuanganku, sebelum pintu taubat ditutup rapat, sebelum bumi memberi amaran besar (tanda-tanda kiamat yang besar), ayuh kita sama-sama selamatkan diri kita dari godaan dunia yang mengaburi kita dan akan meloloskan kita ke neraka jahanam..sama-sama menginsafi diri dan bertaubat segala berbuatan kita yang sudah berlalu dan cuba untuk lari dari melakukan kemungkaran lagi...waallahu'alam..


  "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.."(At-Tahrim 66 ayat 08)


"Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan sepenuh isi bumi.."

~Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi~



*Pesanan: Mana2 sahabat2 yang ingin share, silakan..moga ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama..insyaAllah..waallahu'alam*

Thursday, October 6, 2011

CARA SYAITAN PENGARUHI WANITA



Syaitan memiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering
dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang
memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan
nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah,
termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
 
Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk
hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan
namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identity keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga
telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka
syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita
yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. dan
sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni
dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit,
apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih
selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar
dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
   
 II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para
wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya
dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
 
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan
sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga
setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup
telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan
zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
 
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa
biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi,
jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah." Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa
terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada
anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka
sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Sunday, September 11, 2011

APA ERTINYA SAYA SEORANG MUSLIM (ISLAM MIN JADID)

1) ISLAM DAN MUSLIM
2) MUSLIM AQIDAH
3) MUSLIM IBADAH
4) MUSLIM AKHLAK
5) MUSLIM KELUARGA
6) MUSLIM PROAKTIF
7) MUSLIM KOMITED

___________________________________________________________________________


ISLAM DAN MUSLIM

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad SAW) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Surah al-Hajj : 78)

MUSLIM AQIDAH

1) Allah Taala adalah pencinta alam ini.

2) Allah Taala mencipta alam ini bukan sia-sia atau tanpa tujuan.

3) Allah Taala mengutuskan para rasul dan kitab adalah untuk membimbing manusia mengenal Allah, mengetahui matlamat kehidupan di dunia dan di akhirat serta Nabi Muhammad saw adalah rasul yang terakhir.

4) Matlamat hidup di dunia adalah mengenal Allah serta taat dan mengabdi pada-Nya

5) Balasan syurga kepada mukmin dan neraka kepada kuffar

6) Manusia bebas memilih kebaikan atau keburukan untuk dirinya. Semuanya dengan taufik dan hidayah dari Allah serta izin-Nya.

7) Hukum syariat adalah hak milik mutlak Allah

8) Nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia

9) Fikir tentang zat Allah bukan zat-Nya

10) Al-Quran menerangkan sifat-sifat Allah

11) Pendapat para salaf terhadap ayat-ayat mutasyabihat adalah lebih utama diikuti, tetapi pandangan khalaf tidak boleh dicela.

12) Kehambaan kepada Allah

13) Takut kepada Allah

14) Mengingati Allah setiap ketika

15) Mencintai Allah

16) Bertawakal kepada Allah

17) Bersyukur kepa Allah di atas segala nikmat-Nya

18) Bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas segala dosa

19) Mendekati Allah setiap masa


MUSLIM IBADAH

1) Ihsan dalam melakukan ibadah

2) Khusyuk ketika melaksanakan ibadah

3) Menghadirkan hati ketika beribadah

4) Tidak merasa puas dengan ibadah yang ada bahkan sentiasa tamak

5) Mengambil berat ibadah qiamulail dan melatih diri dengannya  

6) Sentiasa membaca al-Quran dengan penuh tadabbur

7) Menjadikan doa sebagai mi'raj kepada Allah

MUSLIM AKHLAK

1) Bersifat warak daripada melakukan perkara-perkara syubhat

2) Menundukkan pandangan.

3) Memelihara lidah

4) Bersifat malu

5) Lemah lembut dan sabar

6) Bersifat benar dan jujur

7) Tawadhu'

8) Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat dan mencari keburukan orang lain

9) Pemurah

10) Qudwah hasanah


MUSLIM RUMAHTANGGA

Tanggungjawab Sebelum Berumahtangga

1) Mestilah kerana Allah dengan tujuan membina rumahtangga muslim, melahirkan generasi yang soleh dan sanggup memikul amanah Allah

2) Bertujuan untuk menundukkan pandangan dan menjaga maruah serta kehormatan diri

3) Bijak memilih pasangan yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring jalan

4)  Memilih pasangan yang berakhlak dan berpegang teguh dengan ajaran agama

5) Menjauhi diri dari melampaui batasan agama dalam hal ehwal rumahtangga

Tanggungjawab Setelah berumahtangga

1) Bersikap baik terhadap pasangan dan bergaul dengannya dengan sebaik mungkin

2) Membina hubungan yang dapat menyemai persefahaman antara suami dan isteri dalam pelbagai sudut.

3) Semua hubungan suami isteri dalam batas-batas yang telah dinyatakan oleh agama

Tanggungjawab Mendidik Anak-anak

Mengambil berat pendidikan anak-anak setelah memilih pasangan yang baik


MUSLIM PROAKTIF

Muslim yang dapat menguasai diri ketika menghadapi cabaran dalam pertarungan jiwa, emosi dan sekitar adalah muslim yang proaktif

Manusia dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1) Golongan yang tewas kepada hawa nafsu
2) Golongan yang senantiasa bermujahadah melawan nafsu
3) Golongan yang sentiasa terpelihara iaitu para nabi dan rasul

Kekuatan dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1) Hati yang suci
2) Akal yang celik

Tanda-tanda ketewasan:

1) Apabila hati sudah menjadi gelap, keras dan mati
2) Apabila akal menjadi padam daripada pertimbangan

Kubu pertahanan daripada godaan syaitan:

1) Jahat sangka dihadapi dengan sifat percaya dan redha setelah berusaha

2) Cintakan hidup dan panjang angan-angan dihadapi dengan mengingati mati

3) Cintakan kerehatan dan bersenang-lenang dihadapi dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang

4) Kagum pada diri dihadapi dengan sifat syukur kepada Allah

5) Pandang rendah pada orang lain dihadapi dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka

6) Hasad dihadapi dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha)

7) Riya dihadapi dengan sifat ikhlas

8) bakhil dihadapi dengan yakin bahawa apa yang ditangan makhluk akan binasa dan apa di sisi Allah akan kekal

9) Takabbur dihadapi dengan sifat tawadhuk

10) tamak dihadapi dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak berharap kepada manusia


MUSLIM KOMITED

Muslim yang komited dengan Islam adalah muslim yang beriman bahawa masa depan Islam akan sentiasa gemilang.

Friday, July 15, 2011

BAHTERA KESELAMATAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Ahlu bait Nubuwwah pengembang wasiat sepanjang zaman,
Bahtera kehidupan dan bahtera keselamatan,
Selagi bintang-bintang belum berguguran,
Mereka tempat manusia menumpu harapan,

Kesucian mereka terpatri kukuh dalam Al-Quran,
Diuraikan sabda Rasulullah di dalam Sahihan,*1
Tertera sebagai amanat dalam Hadis Tsqalan,*2
Tiada kalimat meragukan orang beriman,

Mereka bahtera penyelamat kemanusiaan,
Dari taufan dan badai keduniaan,
Mereka bintang-bintang pemandu jalan,
Bagi setiap musafir kea lam kelanggengan,

Betapa pun dahsyat gelombang kemunafikan,
Hendak membenamkan mereka ke dasar lautan,
Betapa pun ganasnya muntahan lahar kezaliman,
Hendak menghanguskan mereka menjadi debu berserakan,


Dengan lindungan Ilahi mereka tegak tak berpunahkan,
Dengan kebenaran Rasul-Nya mereka tangguh tak tergoyahkan,
Dengan kecintaan ummatnya mereka tak tersingkirkan,
Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemarkan,

Seandainya dahulu ada seribu Karbala dan Dzil Jausyan,*3
  Bahtera ahlubait tak akan karam dan bintang pun suram,
Selagi Allah menghendaki kelestarian insan,
Pengembang amanat kebenaran dan penentang kebatilan,

Kemuliaan mereka titisan suci darah Rasulur-Rahman,
Terpadu dengan Kalam Ilahi di setiap dada beriman,
Dalam surah Al-Ahzab dan Ali ‘Imran,*4
Hingga semua kembali ke Haud di Yaumil-Mizan,*5

Beruntunglah orang yang melaju dalam bahtera keselamatan,
Mengikuti cahaya bintang di tengah samudera kehidupan,
Celakalah orang yang enggan berlayar menyeberang lautan,
Memejamkan mata terhadap beribu bintang taburan.

(*1- Dua hadis sahih Bukhari dan Muslim)
(*2- Hadis Rasulullah, yang mewasiatkan ummatnya supaya tetap berpegang teguh pada dua bekalan iaitu Kitabullah dan ahlubait baginda)

(*3- Karbala- Tempat pasukan Bani Umaiyyah membantai Al-Husein r.a, Dzail Jausyan- nama orang yang mencincang jenazahnya)
(*4- Surah Al-Ahzab, ayat 33 dan Surah Ali ‘Imran, ayat 61)
(*5- Haud- Syurga. Yaumil Mizan- Hari kiamat)

( Di salin dari Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah s.a.w, dikarang oleh K.H Abdullah bin Nuh, Jakarta, 1986)