Selama Nabi sakit, puteri bongsu baginda yang paling baginda cintai iaitu Siti Fatimah selalu datang menjenguk ayahandanya. Boleh dikatakan setiap hari Siti Fatimah datang menjenguk Nabi sejak baginda tidak sihat, demam panas dan sakit kepala itu.
Setiap kali Siti Fatimah masuk ke tempat Nabi, Nabi meminta puteri baginda itu duduk dan baginda berusaha untuk bangun. Kemudian baginda terus mencium Siti Fatimah. Begitulah setiap kali Siti Fatimah datang menjenguk ayahandanya biarpun ketika sihat. Alangkah cintanya Nabi kepada puteri baginda yang merupakan ibu kepada Hasan dan Husin itu. Siti Fatimah pula sangat sayang kepada Nabi. Ketika dia masuk menjenguk ayahandanya yang suhu demamnya sudah mencapai puncaknya, dia berkata kepada Nabi ayahandanya;
“Aduh! Alangkah beratnya penderitaan ayahandaku. Aduh! Alangkah beratnya penderitaan ayahandaku. Aduh! Alangkah beratnya penderitaan ayahandaku.”
Lalu dijawab oleh Nabi didalam keletihan sakit;
“Tidak akan ada lagi penderitaan ayahmu selepas hari ini”
Kemudian Nabi berbisik kepada Siti Fatimah dengan diperhati oleh Siti Aisyah. Selepas baginda berbisik itu, Siti Fatimah tiba-tiba menangis. Ini menghairankan Siti Aisyah. Kemudian Nabi membisik lagi ke telinga Siti Fatimah, tiba-tiba puteri baginda itu ketawa. Ini menjadikan Siti Aisyah semakin hairan.
Ketika ada kesempatan, Siti Aisyah bertanya kepada Siti Fatimah tentang perkara itu. Tanya Siti Aisyah kepada Siti Fatimah.
“Aku tak akan membuka sesuatu rahsia yang beliau perintahkan kepadaku supaya aku menyimpannya baik-baik.” Jawab Siti Fatimah tegas.
Tetapi setelah Nabi wafat, Siti Aisyah terus mendesak Siti Fatimah supaya memberitahu kepadanya rahsia Nabi yang dibisikkan kepada telinganya itu. Akhirnya Siti Fatimah membuka juga rahsianya kepada Siti Aisyah. Ceritanya kepada Siti Aisyah;
“Bisikan Nabi yang pertama menyatakan sakit beliau adalah sakit akan wafat. Itulah sebabnya maka aku menangis Sesudah itu beliau bisikan lagi kepadaku, bahawa akulah orang pertama di antara keluarga beliau yang akan segera menyusul beliau, itulah sebabnya aku ketawa.”
Tetapi riwayat lain mengatakan Siti Fatimah berkata:-
“Nabi telah memberitahu kepadaku pada bisikan yang pertama, begini; Jibril telah datang kepadaku mengajar al-Qur’an sekali setiap tahun. Tetapi pada tahun ini dia telah datang kepadaku mengajar al-Qur’an sampai dua kali. Oleh itu aku berpendapat bahawa ajalku telah dekat. Maka dari kerana itu hendaklah engkau berbakti kepada Allah dan hendaklah bersabar. Itulah sebabnya aku menangis. Setelah beliau telah melihat aku menangis, resah dan gelisah, beliau bisikan lagi kepadaku, beliau berkata, “Tidakkah engkau ingin bahawa engkau akan menjadi perempuan terkemuka di syurga di antara seluruh perempuan mukmin? Itulah sebabnya aku ketawa.”
Kerabat Nabi Mahu Mengubati Baginda
Ketika sakit Nabi semakin teruk, maka Asma’ binti Umais, iaitu janda Ja’far bin Abu Talib yang ketika itu merupakan salah seorang isteri Sayyidina Abu baker as-Siddiq mahu memberi ubat kepada Nabi agar baginda segera sembuh. Tindakan ini adalah terbit dari rasa cinta yang sangat mendalam terhadap Nabi. Mereka mahu melihat Nabi sembuh dengan segera dan kembali bergaul dengan mereka seperti masa-masa baginda sihat.
Untuk tujuan itu, maka berpakatlah semua isteri-isteri Nabi bersama Asma’ binti Umais juga al-Abbas bin Abdul Muttalib untuk memberi ubat kepada Nabi ketika baginda sedang lena. Al-Abbas bin Abdul Muttalib sanggup untuk menyuapi kedalam mulut baginda. Maka Asma’ binti Umais yang pandai membuat ubatkerana dia belajar ketika di Habsyah dulu. Dialah yang membuat ubat itu. Setelah siap, al-Abbas bin Abdul Muttalib menyuapkannya kedalam mulut Nabi. Ketika itu Nabi sedang tidur atau pengsan.
Sebaik sahaja baginda sedar, maka Nabi meresa ubat didalam mulut baginda yang merupakan satu perbuatan tanpa didahulu dengan meminta keizinan kepada baginda. Ini membuat Nabi marah;
“Siapakah yang membuat ini kepadaku?”
Semua diam tidak menjawab pertanyaan Nabi itu. Akhirnya ada seorang yang memberanikan diri untuk menjawab;
“Bapa saudara tuan wahai Rasulullah.”
Kemudian Nabi menjawab pula;
“Ubat ini dibawa oleh orang-orang perempuan datang dari negeri itu.” Sambil baginda mengisyaratkan tangan baginda ke arah negeri Habsyah.
“Kenapa kamu berbuat begini?” tanya Nabi lagi dengan marah.
Lantas Al-Abbas bin Abdul Muttalib menjawab;
“Kerana kami khuatir wahai Rasulullah, bahawa tuan telah diserang oleh penyakit bengkak kulit.
Maka Nabi manjawab dengan tegas;
“Sesungguhnya penyakit yang demikian tidak akan ditimpa oleh Allah ke atas diriku.:
Kemudian Nabi mendera semua isteri baginda termasuk juga Asma’ binti Umais yang menjadi tukang dalam perkara ini. Semua isteri- isteri baginda dan Asma’ binti Umais disuruh oleh Nabi supaya minum ubat yang dibuat oleh Asma’ binti Umais. Yang tidak kena hanyalah Al-Abbas bin Abdul Mutallib kerana Nabi sangat segan kepada bapa saudara baginda itu. Siti Maimunah binti Al-Harith yang sedang berpuasa ketika itu juga telah dihukum dengan kena minum juga.
Nabi Gelisah Tentang Wang Tujuh Dinar
Dalam masa baginda sedang sakit keras itu, tiba-tiba Nabi teringat kepada wang sebanyak tujuh dinar yang baginda ada simpan. Wang itu ada terletak di bawah bantal tidur baginda. Nabi mahu wang dinar tujuh itu segera disedekahkan kepada kaum fakir miskin. Baginda tidak mahu setelah baginda wafat, wang yang sebanyak tujuh dinar itu masih ada tersimpan didalam rumah baginda tanpa disedekahkan
Tetapi oleh kerana kesibukan para isteri baginda melayani baginda yang sedang sakit itu, maka mereka telah terlupa untuk menyedekahkan wang itu. Mereka asyik merawat dan memberi penumpuaan kepada Nabi semata.
Menjelang hari Ahad 11haribulan Rabiulawal, sehari sebelum baginda wafat, sekali lagi Nabi menyebut tengtang wang itu kepada isteri-isteri baginda. Baginda bertanya kepada Siti Aisyah, apakah wang yang tujuh dinar itu sudah disedekah atau masih belum? Siti Aisyah menjawab wang itu masih belum diusik lagi. Masih ada tersimpan.
Maka Nabi meminta supaya wang tujuh dinar itu diberi kepada baginda. Setelah Siti Aisyah meletak wang tujuh dinar itu kedalam telapak tangan Nabi, maka baginda bersabda;
“Bagaimana jawab Muhammad kepada Tuhannya, andai kata dia datang mengadap Tuhannya, sedangkan ini masih ada padanya?”
Lalu Nabi menyedekahkan kesemua wang emas tujuh wang dinar itu kepada kaum fakir miskin yang terdapat di Madinah.
Nabi Wafat Di Pangkuan Aisyah
Menjelang waktu pagi ketika matahari sedang merangkak di waktu dhuha, Nabi tiba-tiba telah diserang sakit kepala yang hebat dan juga demam seperti sebelumnya. Ketika itu Nabi sudah pun berada didalam pangkuan isteri baginda yang paling baginda cintai Siti Aisyah. Dalam keadaan kepala baginda baginda bersandar kepada dada Siti Aisyah. Nabi sungguh-sungguh sangat lemah. Panas badan baginda seperti bara api. Itu dapat dirasa dari luar pakaian baginda.
Ketika itu tiba-tiba Abdul Rahman bin Abu Bakar as-Siddiq tiba-tiba masuk ke tempat Nabi untuk menziarahi baginda. Abdul Rahman bin Abu Bakar as-Siddiq adalah saudara seibu sebapa dengan Siti Aisyah. Ketika itu Abdul Rahman sedang memegang kayu sugi yang masih hijau. Nabi memandang kepada kayu sugi di tangan Abdul Rahman bin Abu Bakar as-Siddiq dengan pandangan yang bersungguh-sungguh berkeinginan. Tahulah Siti Aisyah bahawa Nabi mahu bersugi ketika itu.
Maka Sti Aisyah meminta kepada saudaranya Abdul Rahman supaya diberikan kayu sugi itu kepadanya. Lalu Siti Aisyah menggigitnya sedikit supaya kayu itu lembut. Setelah lembut lalu diberikannya kepada Nabi. Maka Nabi menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh dengan kayu sugi itu.
Ini mengikut satu riwayat.
Tetapi mengikut riwayat yang lain, diceritakan seperti berikut;
Siti Aisyah bertanya kepada Nabi;
“Wahai Rasulullah! Apakah tuan mengingikan kayu sugi itu?”
Nabi menjawab;
“Bahkan”
Setelah selesai bersugi, Nabi memandang ke langit dan bersuara;
“Tiada tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya dalam kematian ada sakarat. Wahai Allah! Tolonglah aku dari kepayahan maut. Wahai Allah! Tolonglah aku dari kepayahan maut.”
Setelah mendengar itu, maka Siti Aisyah menyuruh orang pergi memberitahu ayahnya. Hafsah suruh beritahu bapanya dan Siti Fatimah suruh orang pergi beritahu suaminya. Tetapi ketiga-tiga orang tokoh sahabat yang paling terkemuka itu tidak ada di rumah masing-masing ketika itu. Mereka bertiga sedang berada di tempat yang tidak diketahui. Cuma Abu Bakar seorang sahaja yang diketahui sedang berada di desa Sunuh di rumah salah seorang isterinya anak Kharijah.
Kemudian kedengaran pula Nabi yang sedang dalam sekarat itu menyebut;
“Wahai Allah!Kasihanilah aku, ampunilah aku, pertemukanlah aku dengan ar-Rafiq.”
Kemudian dengan suara yang agak serak, baginda berkata lagi;
“Beserta mereka yang diberi nikmat oleh Allah, dari para Nabi, para siddiq, para syuhad’ dan para salihin, dan mereka itulah sebaik-sebaik rafiq.”
Kemudian dalam keadaan yang tidak berubah dengan bersandar didada Siti Aisyah dengan mata memandang ke atas, Nabi terus bersuara lagi;
“Wahai Allah! Dalam ar-Rafiq yang tinggi. Wahai Allah! Dalam ar-Rafiq yang tinggi. Wahai Allah dalam ar-Rafiq yang tinggi.”
Nabi mengulang menyebutnya tiga kali.
Kemudian Nabi menyebutnya pula;
“Bahkan ar-Rafiq yang tinggi dari syurga.”
Ketika Nabi sedang bercakap-cakap dalam sekarat itu, semua kaum wanita yang sedang berada di sisi baginda seperti para isteri baginda yang sembilan, puteri baginda Siti Fatimah, Asma’ binti Umais semuanya diam dalam debaran menunggu kewafatan Nabi yang amat menyedihkan hati mereka.
Setelah itu Siti Aisyah memegang tangan kanan Nabi dan menjadikan seperti sedang berdoa. Kemudian Siti Aisyah membaca dengan doa yang yang baginda ajarkan kepada kaum Muslimin. Setelah selesai Siti Aisyah meraupkan tangan baginda ke muka baginda. Tetapi dengan segera Nabi menarik tangan baginda dan berkata;
“Wahai Allah! Ampunilah aku. Jadikanlah aku didalam ar-Rafiq yang tinggi.”
Ternyata Nabi tak mahu lagi mendoakan kesembuhan. Baginda sudah memilih untuk kembali ke hadhirat Tuhannya Yang Maha Tinggi.
Kemudian dengan tenang Nabi mengucap;
“Maha Agung Tuhanku yang Maha Tinggi. Sesungguhnya aku telah menyampaikan.”
Inilah ucapan yang terakhir yang diucapkan oleh Nabi. Dengan ucapan ini maka wafatlah baginda yang mulia. Ketika itu usia Nabi ialah 63 tahun 3hari (perhitungan qamariah). Manakala 61 tahun 84 hari (perhitungan syamsiah).
Ketika itu Nabi masih bersandar di dada Siti Aisyah.
Marilah kita ikuti cerita Siti Aisyah;
“Saya merasa Rasulullah berat dalam pangkuan saya. Saya lantas memberi tumpuan sepenuhnya ke wajah baginda. Saya lihat pandangannya dituju ke langit, dan kedengaran baginda berkata, “Bahkan ar-Rafiq yang tinggi.” Maksudnya ‘Bahkan saya memilih Tuhan yang Maha Tinggi.”
Pada saat itu matahari sedang naik dalam waktu dhuha. Bersamaan 12 haribulan Rabiul Awal tahun ke-11 hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi.
Siti Aisyah Menangis
Setelah jelas Nabi sudah wafat, maka Siti Aisyah terus meletakkan jenazah Nabi di atas sebuah bantal. Kemudian dia menangis dengan memukul-mukul mukanya dan dadanya dengan kuat. Dia menangis itu besama-sama dengan isteri-isteri Nabi yang lain dan juga Siti Fatimah.
Suara kaum isteri Nabi yang menangis dengan kuat itu telah didengar oleh para sahabat yang ada dalam masjid. Ini menyebabkan mereka semua pergi ke tepi bilik Siti Aisyah. Tahulah mereka rupa-rupanya nabi sedang wafat.
Siti Aisyah di kemudian hari telah mencerita tentang perbuatanya yang memukul-mukul mukanya menjerit dengan kuat itu adalah kerana ke bodohannya yang masih muda. Katanya;
“Rasullah wafat di antara paru-paru dan leherku (kepala Nabi di bawah dagu Siti Aisyah). Dan dalam giliranku. Aku pun tidak menzalimi seseorang. Dari sebab kebodohanku dan kemudaan umurku, bahawa Rasullah wafat di atas pangkuanku, kemudian aku letakkan kepala baginda di atas sebuah bantal,lalu aku berdiri sambil menepuk-nepuk dadaku bersama-sama beberapa orang perempuan yang lain, serta memukul-mukul dan menampar-nampar mukaku.

Menjelang waktu pagi ketika matahari sedang merangkak di waktu dhuha, Nabi tiba-tiba telah diserang sakit kepala yang hebat dan juga demam seperti sebelumnya. Ketika itu Nabi suadh pun berada didalam pangkuan isteri baginda yang paling baginda cintai Siti Aisyah. Dalam keadaan kepala baginda baginda bersandar kepada dada Siti Aisyah. Nabi sungguh-sungguh sangat lemah. Panas badan baginda seperti bara api. Itu dapat dirasa dari luar pakaian baginda.

No comments:
Post a Comment